Friday, 18 May 2012

KARNIVAL KECERGASAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2012

                                        STAR KID JUMPERS JOHAN KATEGORI JUNIOR.
TAHNIAH!

                            BERGAMBAR BERSAMA SEMUA PESERTA DARI DAERAH KULIM
                                      SMK JUNJONG NAIB JOHAN KATEGORI REMAJA.

                                         STAR KID JUMPERS yang cute dan comel..
                                         JUNJONG JUNIOR JUMPERS TEMPAT KEEMPAT.
                                Jangan putus asa, teruskan usaha. Perbaiki diri atasi kelemahan.
                                Jadikan kekalahan ini satu permulaan untuk perjuangan seterusnya..





                                         Bersedialah untuk ke peringkat Kebangsaan.
                                         Teruskan usaha gigih kalian.                  
                                         Selamat Berjaya.

KEMBARA ILMU SKJ -KUALA LUMPUR

Kelab Lompat Tali SK Junjong menerima tawaran untuk menyertai Pertandingan Lompat Tali Di Stadium Bukit Jalil sempena himpunan jutaan belia. Cikgu dan Cikgu Anita  teringin sangat nak bawa pasukan lompat tali SKJ menyertainya tapi macam mana yer.. Masalah utama tentulah wang.. Banyak kos tu nak ke Bukit Jalil.  Bukanlah kerana pasukan ni dah bersedia tetapi kerana ingin memberi murid-murid pengalaman baru. Dalam pada tu pasukan Lompat Tali telah pun memulakan latihannya. Macam biasa, bersama-sama melatih biarpun orang lain bercuti..
          Fikir punya fikir.. bincang punya bincang.. tanpa disangka-sangka cikgu menerima tawaran dari Menara Alor Setar, Reach Out Pakej Lawatan Sambil Belajar Bermalam Di Muzium Telekom Kuala Lumpur / Lawatan ke Menara Kuala Lumpur dengan bayaran cuma RM10.00 termasuk makan malam di cafenya. Alhamdulillah.. Terima kasih Pn Sazaratun. Pelawaan ini dah mengurangkan kos perbelanjaan kami di sana. Cadangnya.. keesokan paginya bolehlah kami terus ke Bukit Jalil untuk pertandingan.
          Bas tentulah memerlukan 44 orang.. pasukan lompat tali dengan cikgu-cikgunya baru 16 orang. Boleh bawa penyokong ni. Bila berbincang dengan ustaz, dia mencadangkan kami membawa murid-murid yang selalu melanggan Majalah ASUH. Bagus juga idea ni! Maka kami aturkan tempat-tempat yang akan dilawati. Pada masa yang sama pasukan lompat tali sibuk membuat latihan, mungkin kami tak sehebat kumpulan dari negeri-negeri lain, sekurang-kurangnya kami akan membuat persembahan yang sehabis baik yang kami boleh.
          Bas sudah dicari, peserta rombongan pun dah penuh. Malah Guru Besar sendiri akan turut serta. Terima kasih cikgu, atas sokongan.Jadual lawatan juga telah disusun. Antara tempat yang dilawati :
i. bermalam di Elegant Hotel, Jalan Raja Laut
ii.melawat bandar I-city Shah Alam
iii.Galeri Ilmu (Majalah Asuh, Anis dan QA)- cikgu peminat majalah ANIS sejak mula diterbitkan
   Alhamdulillah cikgu berjumpa semula dengan  Pn Hajah Jalilah, rakan sekelas semasa di SK Seri  
   Kepayang, Ipoh, Perak
iv.Yayasan Restu
v. Muzium telekom
vi. Menara Kuala Lumpur
v. Universiti Malaya
 Malangnya pertandingan dibatalkan. Kami tetap ke Kuala Lumpur tetapi tidak ke Bukit Jalil seperti yang dirancang. Kami ke Universiti Malaya, tempat penuntut Akademi Pengajian Melayu yang pernah berkunjung ke SKJ awal tahun dahulu. Terima kasih kepada Mohd Khaidir, ketua fasilitator Kem Menjana Personaliti Pelajar UPSR yang sudi menguruskan lawatan kami di sana. Nak tengok gambar lawatan boleh la ke facebook Sek Keb Junjong. Ada cikgu upload kat sana

AKTIVITI 2012

Lama menyepi. Bukan bermakna kelab lompat tali SK Junjong tak wujud lagi tetapi kerana cikgu-cikgunya terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian di sekolah dan kehidupan sendiri. Namun tak bermakna Kelab Lompat Tali tak ada aktiviti. Sebenarnya sejak awal tahun lagi dah buat perjumpaan, mesyuarat, latihan dan aktiviti persembahan. Namun tak sempat nak upload kat sini.
        Selepas perjumpaan pertama, ada pemilihan AJK, sayangnya kerana sekolah kecil, peserta pasukan sekolah tak termasuk dalam ahli Kelab Lompat Tali SKJ. Bagaimanapun, cikgu tak kisah siapapun ahli-ahlinya. yang penting semuanya berminat dengan apa yang disertai. Kelab Lompat Tali memang ramai peminat. Malah kalau boleh ingin turut serta dengan pasukan sekolah. Tapi nak buat macam mana, hanya 7 - 14 orang yang boleh cikgu pilih. Yang paling penting orang tu boleh ikut disiplin yang cikgu tetapkan  dan bersedia bekerjasama dengan rakan sekumpulan.